01 February 2012

HaNTu KaK LiMaH KeNa SaMuN

Unknown | 11:42 AM | 10 orang doakan aku slim |



KUALA LUMPUR: Pelakon watak Hantu Kak Limah dalam 
filem komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah, 
Dalimawati Ismail cedera lengan kiri selepas disamun di 
lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil, di sini, kelmarin. 
Kejadian berlaku pada jam 8.30 malam ketika aktres 
berusia 55 tahun itu memandu Toyota Vios bersendirian 
untuk pulang ke rumahnya di Puchong selepas tamat sesi 
penggambaran di Gombak. 

Menurutnya, sebaik berhenti di lampu isyarat berhampiran 
Stadium Bukit Jalil yang bertukar merah, 
tiba-tiba dia terdengar dentuman pada bahagian kiri keretanya. 
“Pada mulanya saya sangka kereta saya dilanggar. 
Pada masa sama, saya melihat dua lelaki bermotosikal 
memecut meninggalkan kawasan itu dan seorang 
daripada mereka memegang beg tangan saya. 
“Kemudian, lengan kiri saya terasa pedih dan 
mendapati ia berdarah akibat terkena serpihan 
cermin kereta yang dipecahkan. 
Ketika itu baru saya sedar menjadi mangsa samun,” katanya. 



- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

1 comment:

Unknown said...

Kesian kak limah kan...sob3...
famous sgt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...