28 July 2012

TeRLaFaZnYa SYaHaDaH SeOraNg MuaLLaF

Unknown | 8:46 AM | 20 orang doakan aku slim |



"Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk 
(tentang yang benar dan yang salah)."  
Al Lail , ayat 12

Dan (mereka berkata lagi): "Janganlah kamu percaya melainkan kepada 
orang-orang yang mengikut ugama kamu". Katakanlah (wahai Muhammad):
 "Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk Allah".
 (Mereka berkata pula: "Janganlah kamu percaya) bahawa akan diberi kepada
 sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka akan 
dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu". Katakanlah (wahai Muhammad): 
"Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, 
diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha 
Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya. 
Surah Ali Imran , ayat 73

Alhamdulillah ...
pada petang Jumaat , 7 Ramadhan bersamaan 27 Julai 2012
telah diadakan majlis yang ringkas , tapi sangat-sangat bermakna buat 
seorang insan yang bernama Sam Jaseeca dan juga kita semua sebagai umat islam ..

Akhirnya terlafaz juga syahadah seorang saudara baru kita dari kaum peribumi
di hadapan Pegawai Majlis Agama Islam Pahang dan sebahagian warga
 IPGKTAA di Surau As-Syafie ..

itu lah kan yang dikatakan hidayah Allah ..
Dia berhak memberi hidayah-Nya kepada sesiapa sahaja ..
dan kak Jessie adalah orang yang paling bertuah sekali ..
Allah turunkan hidayah-Nya pada bulan puasa .. bulan yang paling mulia ..
أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ

Maksudnya: 
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah”.


Apa yang sangat-sangat paan kagumi sekali semasa majlis berlangsung adalah 
kehadiran mak ayah kak Jessie ke majlis nie .. 
paan rasa paan tak pernah tengok mak ayah (bukan islam) 
ada sewaktu anak hendak memeluk agama Islam ..
keterbukaan hati mak ayah akak .. paan tak tahu nak cakap ape ..
memang speechless .. 

tipu lah kalau ada yang tidak menangis waktu tue ..
menangis kerana gembira adanya pengikut umat nabi Muhammad yang baru ..
paan sendiri mengalir air mata ..
insyaAllah , semoga mak ayah dan keluarga akak dapat 
mengikut jejak kak selepas nie .. amin 

seorang muallaf yang telah memeluk islam
diumpamakan sebagai bayi yang baru lahir .. 
suci dari segala dosa ..
tegaknya islam pada seseorang itu adalah apabila 
dia menegakkan solat dalam dirinya , 
andai runtuh solat ,
maka runtuhlah agamanya ..


"Apabila telah datang bantuan Allah dan kemenangan. 
Dan kau melihat manusia masuk ke agama Allah secara beramai-ramai. 
Maka Bertasbihlah dengan memuji Tuhan kamu dan pohonlah keampunan
 (beristighfar). Sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat." 
Surah An-Nasr : 1 -4

Semoga akak sentiasa berada di dalam rahmat Allah Ta'ala ..









- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

2 comments:

Keri said...

Alhamdulillah, pintu rahmat-Nya sentiasa terbuka luas,
Hidayah Allah boleh menyentuh hati kita bila2 masa, dan boleh berlalu pergi tanpa mengira tika

Unknown said...

=) betul .. tmbh2 pd bln mulia nie ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...