18 June 2013

NEW SEMESTER , APA YANG BAHARU ??

Unknown | 10:45 AM | 00 orang doakan aku slim |


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum

Alhamdulillah .. dah habis satu semester , sekarang dah masuk semester 4 .. Tinggal lagi 4 semester (banyak nyaa) .. Pasal result semester lepas , alhamdulillah syukur .. agak sedikit berpuas hati .. subjek lain semua okey , cuma satu subjek tu jer yang sedikit kuciwaa .. tak banyak pun ~~ but its okey , cuba lagi this sem .. chill la sikitt !!

Rasanya semester nie la yang akan banyak buzy .. hohhoo .. persiapkan diri cepat-cepat .. dah tahu keletihan aku melanda .. meh sini aku listkan siap-siap ape la yang akan "berlaku" semester nie
  • Sambutan Hari Guru Peringkat IPG (persembahan)
  • Pertandingan Monodrama
  • Kursus Bina Insan Guru Fasa IV
  • Pengalaman Berasaskan Sekolah IV
  • Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform
  • Konvokesyen DPLI (persembahan)

dan lain-lain yang tak ingat nak list .. Dan semester nie jugak lahh kiteorang termasuk semua umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak .. Semoga Allah berikan kekuatan kepadaku untuk tingkatkan amalan dan pahala pada bulan mulia ini dan seterus-seterusnya .. 

Cuti semester nie memang aku tak update langsung sebarang aktiviti yang aku jayakan dengan ohsemnyaa .. Korang pun tahu kan , cuti ni aku banyak habiskan masa dekat hospital - jaga arwah bapa sedara aku ..

Ohh yaa , thanks to sedara jauh dari Melaka yang sudi datang holiday ke Kedah .. hehe .. kelakar tengok gelagat diorang sanggup berjalan ke hulu hilir nak tengok sawah padi .. takpe , tunggu masa ambil padi nanti , kita main tangkap-tangkap ikan pulak ea ..




geng-geng lelaki .. alamak , aku sorang jer yang pakai kain pelikat , nampak sangat tak mandi lagi .. hehe

group perempuan , haha macam-macam ragam ..

Diorang dah ramai-ramai datang sini , bila la pulak kiteorang nak pergi sana .. InsyaAllah , nanti kami sampai k .. nak makan nasik minyak sekali .. hehe

Kenangan di rumah arwah paklang .. Waktu nie kiteorang baru lepas bersihkan rumah diorang .. Haa letihh bhai , nak memberus apa semua .. tapi memang enjoy .. Pakat basah habis baju basuh itu ini .. Yang berbaju orange tu anak sulung arwah .. Ehh , rasa pelik jugak - tiba-tiba lelaki diapit oleh perempuan ?? hehehe


InsyaAllah , untuk semester nie aku akan cuba buat yang terbaik .. Aktif dalam semua semua semua dan improvekan lagi pencapaian dalam akademik .. ameen ~~









- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

KAMPUNG HALAMAN : OTAK JENAZAH PELAJAR TAHFIZ "SEGAR" SEPERTI HIDUP

Unknown | 9:59 AM | 00 orang doakan aku slim |
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Sebenarnya , berita mengenai kebakaran di asrama Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab) tue aku dapat tahu pagi Sabtu (15 Jun) melalui ayah aku .. Ayah cakap memang habis asrama tu dijilat api dan sorang daripada student maahad tue meninggal sebab tak sempat nak selamatkan diri .. Maahad nie memang dekat jer dengan rumah aku , dekat belakang Masjid Al Barakah .. Aku selalu pergi solat Jumaat dekat masjid tue ..

Kebetulan pagi sabtu tue aku akan bertolak balek ke hostel .. Jadi memang tak sempat nak pergi melawat tempat kebakaran tue .. Ayah jer yang pergi tengok .. Berita selanjutnya mengenai kebakaran tu pun aku tahu selepas baca paper Sinar Harian .. Apa yang pelik mengenai jenazah pelajar yang meninggal akibat kebakaran tue semasa sedang dibedah siasat, diorang terkejut apabila mendapati organ dalaman Aiman terutamanya otak didapati masih segar seperti masih hidup. Subhanallah! 
tahfiz
Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.
Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.
Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.
Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.
Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.
“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.
Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.
“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.
“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.
Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.
“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.
Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.
“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.

sumber : Akhbar Sinar Harian

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman 






- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

16 June 2013

INNALILLAH .. SEMOGA KAMU TENANG DI SANA

Unknown | 5:40 PM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Alhmadulillah , lepas seminggu baru lah diberi kekuatan untuk menulis entri nie .. Kalau sesiapa yang pernah baca entri nie , korang akan tahu kisahnya ..

Selama hampir 6 hari arwah berada di hospital .. Pada hari Ahad (9 Jun) , aku balek semula ke hospital - 2 hari sebelumnya balek rumah sat , ada tetamu dari jauh datang ke rumah .. Seharian jaga arwah bersama-sama dengan sepupu & makngah .. Petang tue kalau diikutkan nak balek rumah , tukar dengan mak sedara yang lain nak jaga .. Tapi tiba-tiba rasa semacam .. Bila pegang kaki arwah rasa sejuk sangat - sejuk lain .. Badan pulak panas .. Lepas tue terus decide nak stay dengan makngah .. Sepupu yang lain balek sebab esok nak keje ..

Malam tue aku berselang seli dengan makngah baca yaasin .. Nurse pun bagi keizinan untuk dua orang jaga pesakit malam tue , kalau diikutkan seorang pesakit seorang saja penjaga .. Kemudian nurse mula pasang wayar-wayar (untuk denyutan jantung) dekat badan arwah .. Masa tue air mata aku dah bergelinang , dah rasa lain .. Kami teruskan baca yaasin dan ajar kalimah Lailahaillah di telinga arwah ..

Waktu tue hujan sangat lebat , aku berdiri tepi tingkap .. Aku rasa "angin yang semacam" melintasi badan aku nie .. Memang speechless .. Bermula jam 12 am , kadar denyutan jantung arwah mula turun .. dari 112 ke ♥90 dan semakin turun .. Makngah dah mula menangis , kami teruskan baca yaasin dan ajar arwah mengucap .. Tepat jam 1.10am , denyutan jantung arwah ♥0 & hembuskan nafas yang terakhir di hadapan kami berdua ..
"Paklang dah tak ada .. " tu saja yang mampu aku cakap .. Doktor pun buat checkup dan keluarkan kenyataan kematian .. Aku terus telefon sedara mara nak khabarkan berita nie ..

Dan malam tue jugak , sepupu aku yang bertolak balek petang tadi kemalangan dekat Sungai Petani. Diorang cakap waktu tue hujan lebat dan angin rasa semacam - pelik , terus diorang terlanggar divider .. Alhamdulillah , takda apa-apa yang berlaku , cuma tayar ja yang pecah ..
Pagi tu jugak dalam pukul 2 , jenazah dibawa pulang ke kampung halaman dekat Tikam Batu , Sungai Petani .. Ramai yang datang ziarah & bacakan yaasin / Al Quran untuk jenazah ..
Dalam pukul 9.30 jenazah dimandikan , dikafankan dan dibawa ke masjid .. Waktu nak kafan tue memang tak tahan sebak , terutama bila tiga orang anaknya yang kecil , muda-muda lagi menangis .. 
Alhamdulillah , urusan pengebumian arwah dapat diselesaikan dengan baik .. Semua sedara mara pulang ziarah jenazah di kampung halaman .. Terima kasih kepada sesiapa yang ucapkan takziah , yang datang ziarah .. InsyaAllah , sama-sama kita doakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman .. Kini pak lang tak lagi menderita dan menangis kesakitan .. Allah lebih menyayanginya .. Innalillah ~~









- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

07 June 2013

BE STRONG

Unknown | 10:52 PM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Ya Allah .. berilah aku kekuatan untuk menulis entri ini ~~ Bismillahirrahmanirrahim .. Pada petang 5 Jun , Khamis (hampir maghrib) ayah saudara paan - pak lang telah dikejarkan ke Hospital Baling selepas anak sulung (sepupu paan) sedar yang ayahnya tak sedarkan diri dekat kediaman diorang, Pengkalan Hulu ..

Kiteorang terima panggilan dari diorang selepas maghrib .. Memang semua orang waktu tu cemas .. Malam tue , yang sempat pergi ke hospital - mak ngah & anak-anak, mak ndak, mak njang, mak cik & mak.. Kira adik beradik pak lang semuanya pergi ke hospital malam tue .. Bertolak dari Sungai Petani  .. Paan tak pergi , kena tengokkan adik-adik .. Lagipun dah malam ..

Pak lang memang tak sedarkan diri dan diberi bantuan oksigen .. Malam tue semua orang balek , tinggal Mak Ngah & anak-anak bermalam dekat situ ..
Pagi Khamis tue , semua adik beradik Pak Lang berkumpul dekat rumah mak njang .. Nak rancang - bincang nak buat bacaan Yaasin perdana dekat surau / masjid berdekatan , dan nak goreng sikit bihun untuk jemaah-jemaah dekat situ .. 

Tiba-tiba dapat mesej dari Shafinaz , anak mak ngah : 
"Salam .. Makteh, depa tak bawak pi paklang ke Hospital Sg Petani dah, tak boleh buat apa dah .. Paklang dok tahap akhir dah , tapi masih lagi dalam jagaan .. "

Memang sebak + gelabah .. Semua orang pakat bersiap-siap nak ke Baling waktu tue jugak .. Bila sampai dekat sana , air mata aku dah bertakung .. " Ya Allah , keadaan paklang.. " Kali terakhir aku jumpa Pak Lang tahun lepas , perut masih ada , berisi, kuat bercakap .. Sekarang .. tengoklah keadaan dia .. Pak Lang dah lama sakit kanser - kanser tekak .. Sebelum ni memang dia selalu buat rawatan , kimo apa semua tue .. Sekarang dah masuk stage akhir , memang makin teruk ..

Bila tengok keadaan Pak Lang nie , aku terus amik keputusan nak stay situ - even baju salin tak bawak .. Lagipun tengah cuti sem .. Petang tue , kiteorang berselang seli jaga paklang .. ada yang nak solat , pergi makan .. Pak Lang demam panas - suhu sangat tinggi .. Petang tu anak-anak Pak Lang datang - 3 orang (16 tahun , 13 tahun , 8 tahun ) , isteri dah takda ..

Malam tue , yang ada dekat hospital - paan , makngah, anak makngah (Shafinaz , Ain) , dan anak-anak Paklang .. 
Kiteorang baca Yaasin berselang-seli untuk paklang .. Tengah paan baca , tiba-tiba anak sulung paklang , Mat tanya sesuatu kepada makngah : 

" Mak Ngah , Mat nak tanya ni .. Tapi makngah jangan marah ya .. Kalau jadi apa-apa dekat abah , kami semua nak duduk dengan sapa ?? "

Paan yang ada dekat situ terus sebak .. " tahan paan .. tahan .. jangan nangis "

Mak ngah cakap " Mat jangan pikiaq pasal tu lagi , pikiaq pasal abah .. yang pasal tu kemudian .. sedara mara kita ramai , takkan biaq hangpa adik beradik ..

Malam tu memang tido satu jam saja .. teman makngah jaga sambil baca Yaasin ..
Esok paginya pak lang sedar , demam dah baik cuma tahap oksigennya rendah .. Dia renung sesiapa yang ada di sekelilingnya .. bercakap tahap tersekat-sekat , kiteorang tak berapa faham ..

Pagi tue paan dan sepupu yang lain bawak kejap anak-anak paklang balek rumah diorang di Kem Polis Pengkalan Hulu .. kemas rumah , bersihkan katil - air kencing paklang sebelum nie .. Diorang kecil lagi , mungkin susah nak uruskan semua nie .. Kiteorang bantu setakat yang mampu ..

Tengahari tu pergi balek ke hospital .. Paklang demam panas semula dan dalam keadaan separa sedar .. Boleh mendengar , tapi tak boleh bercakap - lihat .. Kiteorang hanya basahkan tuala dan lap badan paklang yang panas .. Paklang tak boleh makan , khuatir boleh tersedak / tercekik sebab kanser di tekak .. tak boleh jugak melalui hidung , sebab mucus terlalu banyak .. kesiannya tengok paklang .. hanya tahan lapar ~~

Waktu petang , ramai sedara mara datang melawat .. Bila berbisik dekat telinga paklang perkenalkan diri , air mata paklang mengalir .. tu saja respon paklang , dia hanya mampu mendengar .. sedih ~~

Ya Allah.. berikanlah kekuatan & hidayah kepadanya.. Sepanjang kami berada di sisinya, semaikanlah semangat & kesabaran kepadaku, anak-anaknya yang masih kecil, saudara mara dan kenalannya.. Panjangkanlah umur & permudahkanlah urusannya.. Berilah ketabahan kepada kami untuk menghadapi hari-hari sebelumnya & akan mendatang.. 

Ya Allah , jika dengan mengambil nyawanya dapat mengurangkan daya & penderitaannya , kami redha Ya Allah .. 

Be strong PakLang, Allah with us.. #kanser tekak tahap akhir.. Sahabat-sahabat , doakanlah kesembuhannya..



7 Jun 2013 , 10:52 pm









- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...