11 March 2014

KOT MMXIV - CROSS COUNTRY

Unknown | 1:50 AM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Pada 25 Februari 2014, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahraga Tahunan dan Kejohanan Merentas Desa IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan di ASTAKA Khalid Al Walid, IPGKTAA Kuala Lipis.

Dalam kejohanan merentas desa ini, aku dengan beberapa orang kawan telah dilantik pula sebagai Ahli Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan .. haaa~~ Sehari sebelum majlis perasmian berlangsung, kiteorang dah buat persiapan dekat padang  seperti memasang bendera-bendera kecil dekat sekeliling balapan, naikkan banting garisan “Tamat”, menghias kawasan ASTAKA dan lain-lain lahh..  Terima kasih kepada kawan-kawan yang membantu pada hari tue ..
Keesokan pula, iaitu pada hari kejohanan tue sekali lagi kiteorang bertungkus lumus memasang dan menghias banting “Mula” dekat kawasan jalan raya .. Cuaca time tue alahai ~~ hanya Tuhan saja yang tau .. giller terikkkk !!
Hahahaha , takleh belah betul .. laki pegang payung  , perempuan yang tolong ikat .. panas punya pasal ..
Alhamdulillah , akhirnya siappp jugakk !! jangan cakap laa kalau tiba-tiba muka burn ..
Tepat jam 5.00 petang, semua  guru pelatih dah pun memenuhi kawasan ASTAKA . Ketibaan tetamu kehormat disambut dengan persembahan drumline oleh pasukan Drumline IPGKTAA ..
Upacara perasmian – En Rasdi telah memecahkan beberapa ketulan ais yang mengandungi bendera rasmi KOT 2014 (simbolik perasmian) ..
Semua orang dah get ready .. Dah berada di garisan permulaan .. Tunggu bunyi horn jer terus lari .. Cewahh cakap kemain senang , tau la dia dah tak lari .. hahahaha
Lari korang lariii ~~ heheheh
Akhirnya , sampai pun peserta pertama wanita di garisan penamat. Dengan catatan masa 31 minit 7 saat, Khor Chu Wun daripada rumah merah menjuarai acara larian merentas desa kategori wanita. Manakala bagi kategori lelaki pulak, acara larian merentas desa telah dimenangi oleh Hariharan A/L Yelomalai daripada rumah kuning dengan catatan masa 33 minit 52 saat ..

Lepas ting tong ting tong semua mata , jumlah mata bagi setiap rumah sukan ialah 228 (kuning), 224 (merah), 221 (biru) dan 159 (hijau) .. Jadi rumah KUNING telah menjuarai acara merentas desa kali nie !! yahoOoo



* entri - [ PRA KOT MMXIV ]






- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...