05 November 2016

TEATER MAKCUN D'WALEI

Unknown | 3:18 PM | 00 orang doakan aku slim |
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dah dekat setahun lebih tak pergi menonton teater dekat Istana Budaya .. Kalau masa zaman study dulu , mesti pakat-pakat dengan geng-geng GITA lepas tu naik bas IPG pergi KL tengok teater .. Alahaiii bestt gillerr ramai-ramai dulu pergi tengok .. Tahun nie rezeki sekali lagi , ada chance pergi menonton teater dekat IB dengan team GITA .. Teater Mak Cun D'Walei .. Tapi tak seramai macam sebelum nie .. Takpa , janji ada .. Kebetulan kiteorang akan berkonvo hari Isnin nanti , jadi ramai yang ada dekat KL .. So , hujung minggu tu dah turun KL siap-siap .. Nak jumpa family GITA ..  Nak jumpa ramai-ramai dekat Istana Budaya sambil tengok teater .. 
Turun KL kali nie naik flight .. Air Asia buat promo , terus grabb .. hehe
Turun flight terus jumpa orang Sabah nie !! Arghhh rindu kau Amy (tudung purple) , lama gila tak jumpa kau .. Dah setahun lebih bahh .. Sebelah Amy kawan Sabah dia , mengajar satu sekolah .. Yang Si Amy konvo hari Selasa , abam hari Isnin .. Fuhhh punya laa laparr gillerr dari pagi tak makan , sampai dekat KL terus serbu restoran .. Lapar weiiii .. Dah kenyang apa semua , terus gerak ke Istana Budaya ..

Sinopsis Teater : 

DILWALE ertinya berjiwa besar. Itulah Mak Cun. Insan yang tak kenal erti putus asa. Mak Cun telah di anugerahkan duta usahawan desa. Berkobar-kobarlah semangat Mak Cun nak mengangkat produk-produknya ke persada dunia. Penganugerahan itu telah memberi semangat bukan sahaja kepadanya tetapi kepada usahawan-usahawan desa yang lain. 

Mak Cun turun naik kedai dan supermarket untuk mempromosikan produknya namun takde siapa berminat nak pasarkan produk yang tak popular. Mak Cun geram dan nekad nak buktikan pada mereka yang produk dia boleh popular satu hari nanti. Lalu dia mengajak kawan usahawan yang lain untuk mengikuti sebuah festival bazaar halal food di Kuala Lumpur. Mak Cun mahu jadikan bazar ini sebagai tempat untuk dia mempromosikan produk dia. Kononnya sebagai strategi marketingnya. Beriyalah mereka mempersiapkan produk mereka untuk festival itu.

Malangnya semangat mereka mati bila barang jualan mereka tak laku. Semuanya berpunca kerana artis-artis turut sama buka booth di situ. Maka ramai pengunjung serbu booth artis saja. Mana tidaknya Amy Search jual asam pedas sambil menyanyi...Fathia jual tudung sambil tergedik-gedik manja...Rona artis indonesia jual perfume dengan senyuman saja, tersangatlah hancurnya hati Mak Cun dan usahawan lain kerana terpaksa pulang dengan kerugian.

Mak Cun nekad nak upgrade kan produknya supaya selepas ini orang akan kerumun boothnya kerana kehebatan produknya bukan populariti seperti artis. Manisah cadangkan Mak Cun supaya mendapatkan perkhidmatan dari kilang rempah di India kerana rempah India terkenal satu dunia. Mak Cun terpengaruh. Mak Cun bersemangat hendak ke India. Pak Akob tak setuju dan cuba menyakinkan Mak Cun yang orang Malaysia pun mampu buat rempah yang sedap. Namun Mak Cun berdegil. Manisah sibuk menawarkan diri untuk menemani Mak Cun. Mak Cun setuju untuk membawa Manisah menemaninya.

Mak Cun dan Manisah berangkat ke India. Seperti biasa Mak Cun dengan harapannya yang begitu tinggi namun berbeza dengan Manisah. Yang saja-saja nak makan angin. Memandangkan inilah pertama kali mereka menjejak kaki ke India maka tidaklah semudah yang disangkakan. Banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa di tempuhi. Muncul Rahul bos perusahaan rempah itu. Sebaik terpandang sahaja Rahul, Manisah terus jatuh cinta. Mak Cun sibuk nak bincang business manakala Manisah tak habis nak main cinta dengan Rahul. Rahul dan Manoj gagal didalam perniagaan mereka sehingga kilang mereka ditutup. Pekerja-pekerja mogok kerana tak dibayar gaji. Bagaimana agaknya Mak Cun hendak merealisasikan impiannya membuat rempah di kilang Rahul...berjayakah Mak Cun? 
Sebelum tengok teater kena jumpa dulu dengan pelakon dia , haaaa Mok Cun terr ..
Arghhhh !! legendd !! Pewwitttt 
Abam Fizo dah maju sekarang , usahawan muda yang berjaya ..
Yeahhhhh finally adik-beradik dah berkumpul .. Anne , Diey , Kak Ita , Amy , Winnie , Ecah , Kak Shida , abam , Put & Ayie .. Walaupun tak cukup korum , sangat-sangat tak cukup sebab ramai yang ada komitmen , tapi takpa syukur dapat jumpa yang mana ada ..
Giller kauu tak happy jumpa gila-gila nie ..
Haaa Putra , setahun lebih tak jumpa kau .. Baru malam nie dapat jumpa lahai rindu gila .. Semestinya masing-masing mengalami peningkatan saiz badan yang cemerlang , haha ..

Teater Mokcun tadi memang besttt .. Kelakarr lahaiii hahahaha , Senak perutt gua tengok teater nie .. Tambah-tambah kalau ada part Abam Bocei , tak menahann .. Habis-habis teater tadi terus lapar , sebab gelak banyak sangat hahaha ..

Lepas habis jer teater kiteorang terus serbu McD sebab segera , cepat dan lapar gila ya amat , haaaaa .. Berborak punya borak dekat McD sampai pukul 2 pagi .. Alahai cepat sangat masa .. Kiteorang semua dapat berjumpa malam nie ja , pastu masing-masing akan berpecah ikut haluan sendiri .. InshaaAllah ada rezeki kita jumpa lagi yea .. Sayonara semua ~~




- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...